Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

5 Februari 2020

6:51:30 PTG
1008204

Maghribi Terima Tiga Dron Buatan Israel

Tentera Maghribi dilaporkan menerima tiga buah dron (UAV) Heron buatan Israel sekaligus menyerlahkan sikap sebenar negara Afrika Utara terhadap rejim Tel Aviv.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Tentera Maghribi dilaporkan menerima tiga buah dron (UAV) Heron buatan Israel sekaligus menyerlahkan sikap sebenar negara Afrika Utara terhadap rejim Tel Aviv.

Maghribi selama ini turut diketahui sebagai salah sebuah negara Islam yang mengekalkan hubungan tidak rasmi dalam isu perisikan dengan rejim Zionis.

Laman web Perancis, Intelligence Online melaporkan bahawa dron yang bernilai sekitar USD 48 juta telah dijual ke negara itu melalui negara Perancis.

Laporan itu menambah bahawa Maghribi menerima dron yang dihasilkan oleh Israel Aerospace Industries melalui syarikat pertahanan Perancis, Dassualt yang memasarkan dron Heron di bawah jenama "EADS Harfang".

Laman web itu berkata Maghribi menerima penghantaran pesawat tersebut selepas dron tersebut ditamatkan operasi dari tentera Perancis yang sebelum ini menggunakannya untuk operasi pemantauan di Afghanistan.

Pada 19 Februari 2019 lepas, Partai Keadilan dan Pembangunan Maghribi mengutuk percubaan oleh beberapa negara Arab untuk menormalkan hubungan diplomatik mereka dengan rejim Israel.

"Mereka yang menormalkan hubungan dengan Zionis adalah insan kerdil yang dikuasai oleh Amerika Syarikat dan entiti Zionis itu sendiri. Mereka tidak dapat mengubah takdir bahawa mereka semua akan terbuang di dalam tong sampah sejarah," kata Naziha Maarij, ketua parti tersebut dalam wawancara eksklusif dengan agensi berita Shehab pada masa itu.

Ahli politik Maghribi itu juga menyatakan bahawa tindakan "Normalisasi dengan penjajah Israel merupakan sebuah perbuatan haram kerana perkara itu tidak lain tidak bukan adalah sebuah konspirasi terhadap para pejuang yang telah menggadaikan segalanya untuk menjaga iman dan kesucian kami." -Agensi