Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

14 Februari 2020

6:04:23 PTG
1010213

Perselisihan Pendapat Akibatkan Lawatan PM Britain Ke A.S Ditangguhkan

Perselisihan di antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengakibatkan lawatan pemimpin negara Eropah tertangguh beberapa kali.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Perselisihan di antara Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengakibatkan lawatan pemimpin negara Eropah tertangguh beberapa kali.

Menurut laporan, perbezaan pendapat di antara kedua-dua pemimpin itu merangkumi isu Iran, syarikat telekomunikasi Huawei dan proses ekstradisi Anne Sacoolas.

Warga A.S, Anne Sacoolas - yang didakwa bekerja sebagai ajen CIA - dituduh membunuh seorang remaja Britain, Harry Dunn dalam sebuah nahas jalan raya di Northamptonshire.

Sacoolas - yang juga isteri kepada seorang pegawai risikan A.S yang berpangkalan di RAF Croughton - sebelum ini telah diberikan imuniti diplomatik berikutan kemalangan itu dan melalui imuniti tersebut, dia berjaya melarikan diri ke negara asalnya sekaligus mencetuskan kontroversi antarabangsa.

Wanita itu didakwa menyebabkan kematian Dunn dengan memandu secara berbahaya pada bulan Disember lepas. -Agensi

Tetapi Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo menolak permintaan ekstradisi dari UK untuk bulan lepas.