Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

29 Februari 2020

6:47:58 PTG
1013988

Iran Tolak Dakwaan 'Hipokrit' Washington Berhubung COVID 19

Iran menolak dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berhubung tawaran Washington kepada Tehran untuk membantu Republik Islam melawan wabak coronavirus sambil mengatakan bahawa kenyataan "munafik" itu mengandungi tujuan politik khusus dan bertujuan untuk mengubah sentimen dunia terhadap isu tertentu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Iran menolak dakwaan yang dibuat oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berhubung tawaran Washington kepada Tehran untuk membantu Republik Islam melawan wabak coronavirus sambil mengatakan bahawa kenyataan "hipokrit" itu mengandungi tujuan politik khusus dan bertujuan untuk mengubah sentimen dunia terhadap isu tertentu.

"Dakwaan untuk membantu Iran melawan coronavirus telah dibuat oleh sebuah negara yang mengenakan tekanan meluas terhadap bangsa Iran melalui keganasan ekonomi -bahkan dengan menyekat pembelian ubat serta peralatan perubatan- merupakan tuntutan yang tidak masuk akal dan hanya merupakan sebuah permainan politik dan psikologi," kata Jurucakap Kementerian Luar Iran, Abbas Mousavi pada hari Jumaat.

Beliau menambah bahawa Kementerian Luar Iran telah memulakan kerjasama rapat dengan beberapa buah negara untuk memenuhi keperluan farmaseutikal dan kesihatan negara tersebut dalam rangka mengawal penyebaran penyakit itu. Iran, katanya, telah memperolehi sokongan untuk mencapai tujuan itu melalui beberapa negara bersahabat.

Jurucakap Iran menekankan bahawa perjuangan menentang coronavirus, yang telah menjadi wabak global dan tersebar ke banyak negara, memerlukan tekad kolektif dan kerjasama masyarakat antarabangsa secara meluas. Mousavi turut menolak beberapa gerakan yang bermotivasikan politik yang berusaha memanfaatkan keadaan para pesakit COVID 19 untuk mencapai tujuan mereka. -Agensi