Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

1 Mac 2020

6:00:22 PTG
1014193

Iran Tubuh Hospital Khusus Tangani COVID-19

Seorang pegawai perbandaran di wilayah Yazd, Iran berkata pentadbiran wilayah itu akan menubuhkan sebuah hospital khusus bagi merawat pesakit coronavirus di bandar Yazd.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Seorang pegawai perbandaran di wilayah Yazd, Iran berkata pentadbiran wilayah itu akan menubuhkan sebuah hospital khusus bagi merawat pesakit coronavirus di bandar Yazd.

Berikutan keputusan yang diambil oleh Majlis Islam Yazd, kerja pembinaan hospital tersebut telah bermula pada pagi Ahad ini, lapor agensi berita Tasnim yang memetik kenyataan Mahmoud Dehqan.

Beliau turut melahirkan harapan bahawa pembinaan bangunan itu akan selesai dalam tempoh tiga hari sebelum kerja-kerja melengkapkan fasiliti itu dengan kemudahan yang diperlukan bermula.

Hospital itu dilaporkan meliputi kawasan seluas 1,000 meter persegi dan mempunyai wad kecemasan serta bilik khusus untuk menyimpan dan melindungi peralatan sensitif.

Kementerian Kesihatan Iran pada hari ini sekali lagi mengemas kini jumlah korban di negara itu akibat COVID-19 kepada 54 orang. Sementara itu, mereka turut mengesahkan bahawa seramai 978 warga Iran telah disahkan positif dengan penyakit tersebut. -Agensi