Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

2 Mac 2020

8:36:19 PTG
1014421

Iran Tidak Sembunyikan Fakta Berhubung Keseriusan Wabak Coronavirus: WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa mekanisme yang digunakan untuk memantau prestasi pelbagai negara berhubung cara pengendalian wabak koronavirus oleh pemerintah negara-negara tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Iran tidak cuba menyembunyikan sebarang fakta berkaitan dengan krisis COVID-19 di Iran.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa mekanisme yang digunakan untuk memantau prestasi pelbagai negara berhubung cara pengendalian wabak koronavirus oleh pemerintah negara-negara tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Iran tidak cuba menyembunyikan sebarang fakta berkaitan dengan krisis COVID-19 di Iran.

Bercakap dalam wawancara televisyen dengan saluran berita CNBC pada hari Isnin, Tedros Adhanom Ghebreyesus, ketua pengarah organisasi tersebut berkata bahawa mekanisme penilaian fakta WHO tidak menemui sebarang bukti kukuh bahawa Iran telah menyembunyikan maklumat berhubung keseriusan penyebaran wabak tersebut di negara mereka.

Ditanya mengenai berita-berita yang digembar-gemburkan oleh media berkenaan dengan pengendalian Iran terhadap krisis kesihatan itu termasuk tindakan menuduh bahawa negara tersebut berusaha menutup fakta keseriusan wabak itu, ketua WHO berkata, "Saya tidak akan menuduh mana-mana negara tanpa sebarang sebab atau fakta."

"(Memang) terdapat laporan yang dibuat oleh pihak media ... tetapi ini adalah WHO, anda tahu, ini adalah organisasi teknikal dan (kami) harus memeriksa fakta-fakta. Kita tidak boleh mengatakan apa yang dikatakan wartawan (sesuka hati)," tambahnya. -Agensi