Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

10 April 2020

2:46:27 PG
1024070

Pemimpin Tertinggi Iran Puji Prestasi Negara Itu Dalam Usaha Perangi COVID 19

Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei memuji prestasi negaranya yang disifatkan "bersinar" dalam memerangi krisis COVID 19.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran Ayatullah Syed Ali Khamenei memuji prestasi negaranya yang disifatkan "bersinar" dalam memerangi krisis COVID 19.

Ayatuullah Khamenei membuat komen tersebut dalam ucapan beliau yang ditayang secara langsung pada hari Khamis. Ucapan itu dibuat sempena hari ulang tahun kelahiran Imam Mahdi.

Pemimpin itu turut menyebut tentang pengorbanan yang dibuat oleh para petugas kesihatan Iran dalam rangka merawat mereka yang dijangkiti virus COVID-19 dan dalam masa yang sama cuba mengekang penyebaran "wabak moden" yang melanda dunia itu.

Ayatullah Khamenei menambah dengan mengatakan bahawa pujian terbesar dalam usaha negara Iran memerangi penyebaran penyakit COVID 19 harus diberikan kepada anggota serta kakitangan jentera penjagaan kesihatan Iran yang menurut beliau telah "mempetaruhkan nyawa dan kesihatan mereka sendiri ketika memberikan perkhidmatan (kesihatan kepada) orang ramai."

Keberanian komuniti perubatan Iran "akan terus hidup sebagai sebuah memori indah di dalam hati bangsa ini."

Ayatullah Khamenei turut memuji usaha yang dilakukan oleh unit-unit lain masyarakat yang turun ke padang secara sukarela untuk membantu perkhidmatan kesihatan negara itu dalam usaha mengekang virus tersebut. Unit-unit itu merangkumi anggota Angkatan Basij, para pelajar dan warga awam lain yang teruja memberikan sokongan padu kepada tanah air mereka.

Pemimpin itu di dalam kesempatan yang sama turut menyifatkan pandemik tersebut sebagai ujian bagi masyarakat dunia, termasuk pihak kerajaan dan warga awam mereka.