Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

11 April 2020

3:50:17 PTG
1024522

Presiden Iran Gesa Warga Awam Patuhi Protokol Kesihatan

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani telah meminta warga negara itu untuk mematuhi protokol kesihatan yang disarankan pihak kerajaan bagi mengawal penyebaran coronavirus ketika pentadbiran beliau mengambil keputusan untuk melonggarkan kekangan ke atas aktiviti ekonomi "berisiko rendah" di negara Timur Tengah tersebut

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani telah meminta warga negara itu untuk mematuhi protokol kesihatan yang disarankan pihak kerajaan bagi mengawal penyebaran coronavirus ketika pentadbiran beliau mengambil keputusan untuk melonggarkan kekangan ke atas aktiviti ekonomi "berisiko rendah" di negara Timur Tengah tersebut.

Rouhani membuat kenyataan itu dalam sebuah pertemuan dengan para pegawai kanan yang bertugas di Pusat Pengawalan dan Pembenterasan Coronavirus Kebangsaan di Tehran pada hari Sabtu.

Beliau turut menyatakan rasa optimisnya untuk sasaran negara itu dalam memerangi penyebaran virus tersebut dengan syarat segala protokol kesihatan dipatuhi oleh kesemua warga Iran.

"Sekiranya kerjasama dan sokongan rakyat disertai dengan sikap patuh terhadap sekatan dan protokol (kesihatan) berterusan... kita mampu memasang harapan untuk mencapai sasaran yang dikehendaki dalam menangani (penyebaran) coronavirus," kata beliau. -Press TV