Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

12 April 2020

4:14:19 PTG
1024908

Iran Tangani Covid 19 Dengan Lebih Baik Berbanding Eropah Dan A.S: Presiden Rouhani

Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa Republik Islam Iran setakat ini berjaya menangani wabak Covid 19 secara lebih baik berbanding dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa Republik Islam Iran setakat ini berjaya menangani wabak Covid 19 secara lebih baik berbanding dengan negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat.

Beliau turut menegaskan bahawa pentadbirannya juga berjaya memastikan bahawa bekalan bahan keperluan asas negara mencukupi di sebalik ancaman sekatan dan wabak Covid 19.

"Kami memiliki virus 'sekatan' yang ditambah buruk dengan kehadiran coronavirus. Sementara itu, kalian pula tidak perlu menangani virus sekatan. Kalian hanya berhadapan dengan satu virus. Kami pula berhadapan dengan dua virus", katanya pada hari Ahad ketika merujuk kepada prestasi negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat dalam menangani isu penyebaran virus Covid 19.

"Kami berjaya menangani isu Coronavirus secara lebih baik daripada kalian dalam," katanya dalam pertemuan di Ibu Pejabat Pusat Pengurusan dan Memerangi Coronavirus Kebangsaan.

Presiden Rouhani juga menambah dengan berkata bahawa rakyat Iran telah berhadapan dengan isu Covid 19 dengan baik melalui kerjasama dan sikap saling membantu antara satu sama lain. -Press TV