Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

16 April 2020

3:06:23 PTG
1026556

Iran Dan China Kecam Sekatan Tidak Sah A.S: Zarif

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif menjelaskan bahawa Iran dan China mengutuk sekatan tidak sah serta unilateral Amerika Syarikat terhadap Tehran ketika negara Timur Tengah tersebut bergelut untuk mengawal penyebaran wabak coronavirus.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif menjelaskan bahawa Iran dan China mengutuk sekatan tidak sah serta unilateral Amerika Syarikat terhadap Tehran ketika negara Timur Tengah tersebut bergelut untuk mengawal penyebaran wabak coronavirus.

"Saya gembira kerana dapat berbual dengan rakan lama saya, Wang Yi, Menteri Luar Negara China yang juga merupakan Anggota Dewan Negara," kata Zarif dalam tweet dalam berbahasa Cina yang merujuk kepada perbualan telefon di antara kedua-dua diplomat tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada China yang mengirimkan bantuan dan pasukan perubatan untuk membantu Iran dalam memerangi penyebaran wabak koronavirus dan [kami berdua] mengutuk sekatan tidak sah A.S yang merupakan halangan terbesar ke atas usaha Iran dalam memerangi virus itu," tambahnya.

Menurut menteri luar Iran, perbincangan itu turut merangkumi isu-isu berkaitan kepentingan bersama kedua-dua negara seperti memperdalam kerjasama strategik yang komprehensif antara Tehran dan Beijing. - PRESS TV