Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Khamis

16 April 2020

3:13:13 PTG
1026557

Indonesia Rekod Kematian Hampiri 500 Kes

Kes positif virus koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini melebihi 5,000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 496 orang.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kes positif virus koronavirus (Covid-19) di Indonesia kini melebihi 5,000 kes dengan jumlah kematian meningkat kepada 496 orang.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, 27 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 380 kes positif baharu dikesan, menjadikan kes positif kini berjumlah 5,516 kes," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi iaitu sebanyak 244 kes, diikuti Jawa Barat (53 kes), Jawa Timur (46) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama