Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

16 April 2020

3:17:00 PTG
1026558

COVID-19: Jumlah Kematian Di Eropah Lebih 90,000

COVID-19 telah membunuh lebih 90,000 orang di Eropah, lebih dari 65 peratus daripada jumlah kematian global secara keseluruhan, menurut penjumlahan AFP pada hari ini, yang berdasarkan dari sumber rasmi.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - COVID-19 telah membunuh lebih 90,000 orang di Eropah, lebih dari 65 peratus daripada jumlah kematian global secara keseluruhan, menurut penjumlahan AFP pada hari ini, yang berdasarkan dari sumber rasmi.

Dengan sejumlah 90,180 kematian dari sekitar 1,047,279 jangkitan, Eropah adalah benua yang paling teruk dilanda wabak itu, yang telah membunuh sejumlah 137,499 di seluruh dunia.

Jumlah kematian terbesar dicatatkan lihat di Itali dengan 21,645 dan Sepanyol dengan 19,130, diikuti oleh Perancis dengan 17,167 kematian dan Britain 12,868.

Di peringkat global, jumlah jangkitan yang dicatatkan berjumlah 2,083,551.

Bagaimanapun, jumlah kes yang dikesan hanya mencerminkan sebilangan kecil dari jumlah jangkitan yang sebenarnya, dengan banyak negara menguji hanya kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital.

Jumlah yang dihimpunkan menggunakan data yang dikumpulkan oleh AFP dari pihak berkuasa nasional dan maklumat dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP