Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

23 April 2020

5:08:12 PTG
1029163

Iran Bantah Tindakan Provokasi A.S Di Teluk Parsi

Kementerian Luar Iran memanggil duta besar Switzerland yang mewakili kepentingan Amerika Syarikat di negara tersebut untuk menyampaikan kecaman keras Tehran terhadap tindakan provokatif daripada pasukan Tentera Laut A.S di Teluk Parsi.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kementerian Luar Iran memanggil duta besar Switzerland yang mewakili kepentingan Amerika Syarikat di negara tersebut untuk menyampaikan kecaman keras Tehran terhadap tindakan provokatif daripada pasukan Tentera Laut A.S di Teluk Parsi.

Bercakap pada hari Khamis, Jurucakap Kementerian Luar Negari Iran, Abbas Mousavi mengatakan bahwa tindakan "memanggil (duta besar Switzerland itu dilakukan kerana gangguan dan provokasi daripada pasukan Amerika Syarikat di Teluk Parsi," lapor IRNA.

Menurutnya, duta besar Switzerland juga menerima memo untuk disampaikan kepada para pegawai Amerika Syarikat.

Republik Islam di dalam memo tersebut telah menyatakan "protes kerasnya" terhadap ancaman yang dibuat oleh Amerika Syarikat yang merangkumi "kehadiran dan tindakan tidak sah" mereka yang menggugat kestabilan serantau.

Menurut Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) kapal Amerika Syarikat sebelum ini telah menunjukkan perilaku "tidak profesional dan berbahaya" di perairan tersebut dengan "menimbulkan masalah" bagi salah satu kapal logistik Iran yang melakukan rondaan rutin.

Tentera A.S sebelum ini mendakwa bahawa 11 bot IRGC telah menghampiri kapal-kapal mereka di Teluk Parsi. Tehran menolak kesemua dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai sebuh hikayat dongeng ala "Hollywood". -Press TV