Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

23 April 2020

5:10:58 PTG
1029164

Zon Selamat Perlu Bebas COVID-19 Selama 28 Hari

Pakar virologi Universiti Chulalongkorn, Dr Yong Poovorawan, berkata sesuatu kawasan perlu bebas COVID-19 selama 28 hari sebelum boleh diisytiharkan sebagai zon selamat.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pakar virologi Universiti Chulalongkorn, Dr Yong Poovorawan, berkata sesuatu kawasan perlu bebas COVID-19 selama 28 hari sebelum boleh diisytiharkan sebagai zon selamat.

Berdasarkan paparan di media sosial doktor terbabit, zon selamat adalah kawasan yang bebas wabak terbabit untuk jangka masa dua kali ganda berbanding tempoh inkubasi virus berkenaan.

Katanya, konsep yang sama digunakan ketika ancaman wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS) dan Ebola.

"Umpamanya, ketika wabak SARS, zon selamat adalah kawasan di mana virus berkenaan tidak ditemui selama 20 hari kerana tempoh inkubasi ialah 10 hari.

"Dalam kes COVID-19, zon selamat adalah kawasan di mana coronavirus baharu itu tidak ditemui selama 28 hari, berdasarkan tempoh inkubasi 14 hari. - AGENSI