Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

25 April 2020

5:02:57 PTG
1029785

Jangan Takut Kepada A.S Dan Kuasa Pembuli: Khamenei Kepada Warga Iran

Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menggesa warga Iran untuk tidak takut dalam berhadapan dengan Amerika Syarikat dan kuasa pembuli yang lain.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei menggesa warga Iran untuk tidak takut dalam berhadapan dengan Amerika Syarikat dan kuasa pembuli yang lain.

Ayatullah Khamenei membuat pernyataan itu pada hari Sabtu ketika menghadiri acara tilawah al-Quran yang menandakan permulaan bulan suci Ramadan di negara tersebut.

Beliau menghadiri acara tersebut melalui sidang video selaras dengan garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan dalam mencegah penyebaran wabak coronavirus di negara Timur Tengah itu.

Ayatullah Khamenei turut mengucapkan selamat kepada warga Iran yang menyambut kedatangan bulan suci Ramadan dan menyeru umat Islam untuk teguh mengikuti ajaran al-Quran yang menurutnya dapat menyelamatkan seluruh umat manusia.

Beliau kemudian menambah dengan mengatakan bahawa al-Qur'an memiliki garis panduan untuk menyelesaikan permasalahan umat manusia. Menurut beliau juga, sebahagian daripada ajaran kitab suci itu turut mengajarkan kepada kita perihal acuan hubungan sosial yang sihat sepertimana yang diperlukan oleh setiap insan di dalam hidupnya.

Ayatullah Khamenei juga menekankan bahawa al-Quran yang suci secara jelas mengajar umat Islam untuk tidak mempercayai para penzalim sama sekali.

Dalam satu kenyataan pada hari Jumaat, pejabat beliau mengeluarkan pegumuman rasmi yang menyatakan hari Sabtu, 25 April sebagai hari pertama bulan Ramadhan. - Press TV