Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

25 April 2020

5:22:10 PTG
1029787

Tuntutan COVID 19 A.S Dari China Tidak Berlandaskan Fakta Dan Usul Perundangan: Beijing

China mengatakan bahawa tuduhan Amerika Syarikat yang mendakwa Beijing gagal menangani wabak koronavirus dengan baik sebagai sesuatu yang "tidak didokong dengan fakta dan undang-undang".

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - China mengatakan bahawa tuduhan Amerika Syarikat yang mendakwa Beijing gagal menangani wabak koronavirus dengan baik sebagai sesuatu yang "tidak didokong dengan fakta dan undang-undang".

Beijing turut berkata bahawa usaha A.S untuk menuntut ganti rugi daripada China ke atas kerosakan yang disebabkan oleh virus tersebut sebagai sesuatu yang tidak lebih daripada sebuah helah politik semata-mata.

Kenyataan ini dibuat setelah beberapa negeri di A.S mengeluarkan tuntutan mereka terhadap China dengan alasan bahawa mereka telah mengalami kerugian besar akibat daripada kegagalan Beijing dalam menangani wabak tersebut dengan baik.

Peguam Negeri Missouri dan Mississippi pada minggu ini telah mengemukakan tuntutan mereka di mahkamah persekutuan dengan menuduh bahawa kegagalan China dalam mengangani penularan wabak COVID 19 telah menyebabkan kerugian besar bagi kedua-dua negeri tersebut.

Pendakwaraya Negeri Missouri, Eric Schmitt sebagai contoh menuduh China berbohong mengenai bahaya dan kadar ketularan wabak COVID-19. Beliau juga mendakwa bahawa Beijing telah menjadikan isu wabak itu lebih teruk dengan "menimbun" peralatan pelindung diri (PPE).

Selain daripada itu, tuntutan undang-undang yang lain juga telah diajukan di mahkamah A.S atas nama persendirian termasuk satu di Florida yang meminta pampasan dari pemerintah China atas kerosakan yang berkaitan dengan koronavirus bagi pihak ribuan individu lain. -Press TV