Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

25 April 2020

5:27:55 PTG
1029789

Keganasan Rumah Tangga, Polis Tahan Lebih 4,000 Orang

Polis Metropolitan London menahan lebih 4,000 orang yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga sejak sekatan diperkenalkan untuk menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Polis Metropolitan London menahan lebih 4,000 orang yang terlibat dalam kes keganasan rumah tangga sejak sekatan diperkenalkan untuk menghentikan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut CNN, Ketua Keselamatan Metropolitan, Komander Sue Williams berkata. arahan untuk kekal berada di rumah sangat penting bagi mengatasi krisis kesihatan yang sedang melanda.

“Tetapi sayangnya ia telah meningkatkan risiko mangsa keganasan rumah tangga dan menjadikan masalah itu lebih terpencil,” katanya.

Beliau berkata, mangsa boleh meninggalkan rumah untuk melepaskan diri daripada bahaya atau meminta pertolongan dan mereka tidak akan dikenakan hukuman kerana melanggar perintah kawalan Covid-19.

“Keprihatinan utama kami ialah melindungi mangsa serta orang lain yang turut terkesan dan seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan,” tambahnya.