Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

26 April 2020

5:34:47 PTG
1030285

Tapak Keagamaan Dalam Zon Putih Bakal Dibuka Semula: Presiden Rouhani

Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa wilayah Iran akan dibahagikan kepada tiga zon risiko berdasarkan jumlah kes jangkitan dan kematian akibat wabak COVID-19 sambil menambah bahawa tapak-tapak keagamaan bakal dibuka semula di kawasan yang diwartakan sebagai zon "putih".

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Hassan Rouhani mengatakan bahawa wilayah Iran akan dibahagikan kepada tiga zon risiko berdasarkan jumlah kes jangkitan dan kematian akibat wabak COVID-19 sambil menambah bahawa tapak-tapak keagamaan bakal dibuka semula di kawasan yang diwartakan sebagai zon "putih".

Bercakap di dalam pertemuan yang dianjurkan di Pusat Pengelolaan dan Pembasmian Coronavirus Peringkat Kebangsaan di Tehran pada hari Ahad, Presiden Rouhani mengatakan bahawa Kementerian Kesihatan akan menyusun peta berdasarkan tiga zon risiko yang dikenali sebagai zon "putih," "kuning" dan "merah" di seluruh negara ini.

Di kawasan putih, tempat keagamaan yang merangkumi masjid dan tempat suci akan diberikan kebenaran untuk dibuka kembali dan menganjurkan solat Jumaat di bawah garis panduan kesihatan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan untuk mengurangkan risiko tertularnya wabak COVID 19.

"Besok, jika kita dimaklumkan bahawa kota Mashhad terkategori sebagai zon putih, yakni jika Kementerian Kesihatan membuat kesimpulan bahawa kompleks itu termasuk dalam kawasan zon putih selama dua minggu, maka Makam Suci Imam Reza (AS) akan dibuka semula berdasarkan protokol kementerian,” katanya. -Press TV