Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

26 April 2020

5:45:52 PTG
1030286

A.S Cabul Hak Asasi Dengan Halang Media Iran: Kementerian Luar Iran

Kementerian Luar Negeri Iran menyifatkan bahawa keputusan terkini pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menyekat domain saluran berita Iran sebagai sebuah "pelanggaran nyata" terhadap Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan kebebasan bersuara.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kementerian Luar Negeri Iran menyifatkan bahawa keputusan terkini pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menyekat domain saluran berita Iran sebagai sebuah "pelanggaran nyata" terhadap Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan kebebasan bersuara.

Dalam sebuah tweet pada hari Ahad, kementerian Luar Negeri Iran "dengan keras" mengecam tindakan Pejabat Kawalan Aset Asing (OFAC) di bawah Jabatan Perbendaharaan A.S dan menyifatkan perkara itu sebagai usaha untuk mencabul hak kebebasan bersuara.

"Tindakan rejim [A.S] yang berusaha mendiamkan idea alternatif telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai pelanggar utama undang-undang antarabangsa," tambahnya.

Tweet itu muncul sehari selepas pengarah urusan surat kabar kerajaan Iran mengatakan bahawa OFAC telah secara sewenang-wenangnya menyekat dan merampas nama domain rasmi surat khabar berkaitan. -Press TV