Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

28 April 2020

3:44:16 PTG
1031149

Setiap Langkah Provokatif A.S Akan Dibalas Dengan Tegas: Tentera Iran

Staf Am Angkatan Tentera Iran menamakan kehadiran Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Asia Barat sebagai punca ketidakstabilan bagi negara-negara serantau sambil memberi amaran bahawa setiap tindakan provokatif dari pasukan tentera A.S akan dibalas secara pasti dan tegas oleh pasukan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Staf Am Angkatan Tentera Iran menamakan kehadiran Amerika Syarikat dan sekutunya di rantau Asia Barat sebagai punca ketidakstabilan bagi negara-negara serantau sambil memberi amaran bahawa setiap tindakan provokatif dari pasukan tentera A.S akan dibalas secara pasti dan tegas oleh pasukan mereka.

Dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada hari Isnin, Staf Am Angkatan Tentera Iran mengatakan bahawa "Keadaan berisiko tinggi yang menjadikan aktiviti perkapalan tidak aman bermula sejak negara agresif dan pengganas Amerika Syarikat dan beberapa sekutunya datang ke wilayah sensitif ini."

Republik Islam Iran selama ini yakin bahawa negara-negara serantau memiliki kemampuan yang diperlukan untuk menjaga keamanan di Teluk Parsi, Selat Hormuz dan Laut Oman serta menjamin keselamatan rantaian bekalan sumber tenaga dari rantau ini, baca kenyataan itu.

Mereka turut berkata bahawa kehadiran A.S (di perairan itu) dan penubuhan pangkalan tentera mereka di rantau ini merupakan punca ketidakamanan dan ketidakstablilan di rantau ini.

Di dalam kenyataan yang sama, mereka turut mengingatkan pihak berkaitan bahawa Republik Islam Iran telah berulang kali memberi amaran kepada badan-badan antarabangsa berhubung langkah-langkah agresif Washington yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan antarabangsa di rantau tersebut. -Press TV