Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

28 April 2020

4:25:01 PTG
1031157

A.S Tidak Endahkan Peraturan Kesihatan Antarabangsa Ketika Wabak COVID 19: Presiden Rouhani

Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengecam Amerika Syarikat kerana tindakan mereka yang memperketatkan sekatan ke atas Tehran sambil mengatakan bahawa Washington secara berterusan melanggar peraturan penjagaan kesihatan antarabangsa ketika wabak coronavirus menular di seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Republik Islam Iran, Hassan Rouhani mengecam Amerika Syarikat kerana tindakan mereka yang memperketatkan sekatan ke atas Tehran sambil mengatakan bahawa Washington secara berterusan melanggar peraturan penjagaan kesihatan antarabangsa ketika wabak coronavirus menular di seluruh dunia.

Presiden Rouhani membuat kenyataan itu di dalam panggilan telefon beliau bersama Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa pada hari Selasa.

Di dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pemimpin dunia itu membahaskan beberapa kaedah dalam memperkukuhkan kerjasama dua hala di antara Tehran dan Pretoria dengan tujuan untuk mengatasi sekatan A.S, mengakhiri jenayah terhadap kemanusiaan ke atas warga Palestin dan mengembalikan keamanan serta kestabilah ke Syria dan Yaman.

Merujuk kepada tindakan pentadbiran A.S terhadap Iran yang disifatkan beliau sebagai "tidak berperikemanusiaan dan melanggar undang-undang", Rouhani mengatakan bahawa "Ketika kita menyaksikan wabak koronavirus menular di seluruh dunia dan perlunya berlaku perubahan sikap (di kalangan pemerintah negara) dalam mengurus hubungan antarabangsa, A.S malangnya telah meningkatkan sekatan yang tidak sah (dari sisi undang-undang) terhadap bangsa Iran". -Press TV