Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

29 April 2020

5:25:43 PTG
1031584

Laluan Maritim Ini Dikenali Sebagai Teluk Parsi Dan Bukan Teluk New York: Presiden Rouhani Kepada A.S

Merujuk kepada tindakan biadap yang berterusan oleh tentera Amerika Syarikat di kawasan Teluk Parsi, Presiden Hassan Rouhani sekali lagi mengingatkan Washington berhubung entiti yang berhak mengurus laluan maritim tersebut berdasarkan undang-undang dan norma antarabangsa.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Merujuk kepada tindakan biadap yang berterusan oleh tentera Amerika Syarikat di kawasan Teluk Parsi, Presiden Hassan Rouhani sekali lagi mengingatkan Washington berhubung entiti yang berhak mengurus laluan maritim tersebut berdasarkan undang-undang dan norma antarabangsa.

"Pihak A.S harus memahami bahawa laluan maritim ini dikenali sebagai Teluk Parsi. Ia tidak pula disebut sebagai Teluk New York atau Teluk Washington," kata Presiden Rouhani pada sesi kabinet di Tehran pada hari Rabu.

"Mereka harus memahami situasi tempatan dengan mempertimbangkan namanya dan negara yang telah memeliharanya selama ribuan tahun. Oleh karena itu, mereka harus berhenti melakar plot jahat terhadap negara Iran setiap hari," kata presiden itu lagi.

Pihak A.S, tambahnya, sepatutnya sudah dapat melihat dengan jelas bagaimana bangsa Iran telah dan terus melakar kejayaan di pelbagai bidang, termasuk dalam mewujudkan dan mengekalkan keamanan di kawasan maritim berkaitan. -Press TV