Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Ahad

3 Mei 2020

4:50:30 PTG
1033048

Mossad Dalang Hizbullah Disenarai Hitam Di Jerman: TV Israel

Agensi perisikan Israel, Mossad dilaporkan sebagai dalang utama kepada tindakan kerajaan Jerman baru-baru ini untuk menyenarai hitam pergerakan Hizbullah di negara itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Agensi perisikan Israel, Mossad dilaporkan sebagai dalang utama kepada tindakan kerajaan Jerman baru-baru ini untuk menyenarai hitam pergerakan Hizbullah di negara itu.

Berlin pada hari Khamis menyenaraikan Hizbullah sebagai "organisasi pengganas" sekaligu melarang semua kegiatannya di negara Eropah tersebut serta memerintahkan serbuan polis ke atas fasiliti yang memiliki kaitan dengan gerakan itu.

Memetik sumber kerajaan Israel yang tidak disebutkan namanya, rancangan berita Channel 12 Israel melaporkan pada hari Sabtu bahawa Mossad telah memberi maklumat kepada pihak kerajaan Jerman berhubung kegiatan Hizbullah di negara Eropah itu.

Menurut berita itu, agensi perisikan Mossad telah melakukan operasi berterusan selama sebulan untuk memantau operasi pergerakan Hizbullah di Jerman sebelum menyampaikan penemuan mereka kepada badan perisikan dan kehakiman Jerman.

Penilaian Mossad itu kemudiannya digunakan oleh pihak Jerman dalam menentukan polisi mereka kepada pergerakan Hizbullah di negara tersebut.

Sekutu Hizbullah, Iran sebelum ini telah melahirkan kekecewaan mereka berhubung tindakan Berlin yang menurut mereka hanya menguntungkan Israel dan A.S serta dibuat tanpa mengambil kira situasi sebenar di lapangan khususnya di Timur Tengah di mana Hizbullah memainkan peranan penting dalam peperangan ke atas keganasan.

Iran turut mengingatkan Berlin berhubung kedudukan Hizbullah di Lubnan sebagai elemen penting kepada kerajaan sah di Beirut. - Press TV