Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Ahad

3 Mei 2020

4:57:07 PTG
1033051

COVID-19: Pompeo Dakwa Ada "Bukti Besar" Virus Berasal Dari Makmal Wuhan

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo hari ini mengatakan bahawa terdapat "bukti besar" bahawa wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo hari ini mengatakan bahawa terdapat "bukti besar" bahawa wabak COVID-19 berasal dari sebuah makmal di Wuhan, China.

"Ada bukti yang sangat besar di mana ia bermula," katanya di rancangan ABC "Minggu Ini."

Tatkala banyak kritikan terhadap China terhadap cara ia mengendalikan masalah itu, Pompeo menolak untuk mengatakan sama ada beliau menyangka bahawa virus itu telah dilepaskan secara sengaja. - AFP