Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

4 Mei 2020

4:20:51 PTG
1033478

Iran Bakal Eksport Kit Ujian COVID 19 Ke Jerman Dan Turki

Timbalan Presiden bagi urusan berkaitan sains dan teknologi Iran berkata bahawa negaranya bakal mengeksport kit penguji COVID 19 buatan tempatan ke negara Jerman dan Turki.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Timbalan Presiden bagi urusan berkaitan sains dan teknologi Iran berkata bahawa negaranya bakal mengeksport kit penguji COVID 19 buatan tempatan ke negara Jerman dan Turki.

Bercakap kepada IRNA pada hari Isnin, Sourena Sattari memaklumkan media bahawa kit ujian serologi yang dibangunkan oleh syarikat tempatan itu telah mendapat kelulusan eksport daripada Kementerian Kesihatan negara itu. Menurut beliau juga, ujian serologi biasanya digunakan untuk mengenal pasti antibodi dalam serum.

Sattari juga berkata bahawa jentera kesihatan awam Republik Islam Iran kini mampu menjalankan sejuta ujian diagnostik sambil menegaskan bahawa semua pemeriksaan tersebut akan menggunakan peralatan buatan syarikat-syarikat tempatan.

Iran sejak Mac lepas teruk dilanda penularan COVID 19 dan sekatan ekonomi A.S ke atas negara itu telah memaksa Tehran untuk mengambil pendekatan berdikari dalam memenuhi keperluan negara tersebut ketika memerangi pandemik tersebut. - Press TV