Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Selasa

5 Mei 2020

5:49:47 PTG
1033875

A.S Perlu Tamatkan Sekatan Haram Ke Atas Iran Jika Ikhlas Mahu Bantu Iran: Presiden Rouhani

Presiden Hassan Rouhani mengecam tindakan Amerika Syarikat yang mengetatkan sekatan haram mereka terhadap negara Iran ketika negara tersebut sedang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak koronavirus sambil berkata bahawa Washington terlebih dahulu perlu menamatkan sekatan berkaitan untuk membuktikan keikhlasannya dalam menawarkan bantuan kepada Republik Islam dalam membenteras pandemik berbahaya itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Hassan Rouhani mengecam tindakan Amerika Syarikat yang mengetatkan sekatan haram mereka terhadap negara Iran ketika negara tersebut sedang bertungkus-lumus memerangi penularan wabak koronavirus sambil berkata bahawa Washington terlebih dahulu perlu menamatkan sekatan berkaitan untuk membuktikan keikhlasannya dalam menawarkan bantuan kepada Republik Islam dalam membenteras pandemik berbahaya itu.

"Sekiranya pihak Amerika Syarikat jujur berhubung isu wabak koronavirus ini dan benar-benar berusaha untuk mengambil langkah (serius dalam membantu Iran), satu-satunya keputusan yang perlu mereka ambil ialah tindakan untuk menamatkan sekatan haram (Washington) terhadap Iran," kata Rouhani dalam perbualan telefon beliau dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe pada hari Selasa.

Beliau turut memuji kerajaan Jepun atas bantuan Tokyo kepada Tehran sambil membantah keras tindakan A.S yang mengetatkan lagi sekatan terhadap Republik Islam tanpa mengambil kira situasi sukar yang dihadapi oleh negara itu.

Sekatan yang ditingkatkan itu, tambahnya, telah menimbulkan banyak masalah bagi Iran dalam usaha mereka mendapatkan bekalan perubatan dan bahan makanan.

Presiden Iran itu juga menekankan peri penting usaha memperkuatkan kerjasama kolektif dan menganggap perkara itu sebagai cara tunggal dalam membendung penularan wabak coronavirus. Beliau kemudiannya menekankan bahawa perlunya usaha untuk mengurangkan ketegangan serantau dan antarabangsa. -Press TV