Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

7 Mei 2020

6:29:39 PTG
1034676

COVID-19: 3.2 Juta Tuntut Faedah Pengangguran Di AS Minggu Lalu

Tuntutan baharu untuk faedah pengangguran yang dikemukakan oleh pekerja Amerika Syarikat (AS) menurun sedikit minggu lalu, tetapi masih sekitar 3.2 juta, menurut data pemerintah hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait -ABNA - Tuntutan baharu untuk faedah pengangguran yang dikemukakan oleh pekerja Amerika Syarikat (AS) menurun sedikit minggu lalu, tetapi masih sekitar 3.2 juta, menurut data pemerintah hari ini.

Data dari Jabatan Tenaga Kerja menjadikan jumlah tuntutan yang diajukan sejak pertengahan Mac, ketika pandemik COVD-19 memaksa perniagaan menutup pintu mereka untuk menghentikan penyebaran virus itu, menjadi 33.5 juta.

Jumlah tuntutan yang diajukan minggu lalu sedikit lebih banyak daripada yang diharapkan oleh penganalisis dan menunjukkan kerosakan berterusan yang disebabkan oleh wabak di AS, di mana 73,095 orang telah meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 1.2 juta kes telah dilaporkan pada Rabu.

Namun angka hari ini untuk minggu yang berakhir pada 2 Mei adalah penurunan dari minggu sebelumnya, ketika 3.8 juta pekerja mengemukakan tuntutan pengangguran baharu.

Itu mungkin menunjukkan gelombang awal pemberhentian pekerja mulai surut, tetapi jumlahnya tetap tinggi - jauh di atas empat minggu terburuk dari krisis kewangan global dan lebih setanding dengan tahap pengangguran yang dilihat semasa Kemelesetan Besar 90 tahun yang lalu. - AFP