Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

8 Mei 2020

5:46:38 PTG
1034760

A.S Tarik Keluar Sistem Patriot Dari Arab Saudi

Amerika Syarikat membawa keluar sistem peluru berpandu Patriot mereka dari Arab Saudi sebagai sebahagian daripada langkah Washington dalam mengurangkan sokongan ketenteraan mereka kepada Riyadh, baca sebuah laporan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Amerika Syarikat membawa keluar sistem peluru berpandu Patriot mereka dari Arab Saudi sebagai sebahagian daripada langkah Washington dalam mengurangkan sokongan ketenteraan mereka kepada Riyadh, baca sebuah laporan.

Memetik sumber kerajaan A.S yang tidak dinamakan, The Wall Street Journal pada hari Khamis melaporkan bahawa empat sistem peluru berpandu permukaan ke udara, Patriot dan puluhan anggota tentera A.S akan dikeluarkan dari sebuah fasiliti minyak Arab Saudi.

Pegawai itu turut berkata bahawa A.S akan mengurangkan kehadiran angkatan laut mereka di Teluk Parsi tidak lama lagi sambil menambah bahawa dua skuadron jet pejuang mereka juga telah meninggalkan wilayah itu.

A.S meningkatkan kehadiran ketenteraannya di wilayah itu pada tahun lalu ketika ketegangan Tehran-Washington memuncak.

Sebahagian daripada perkakasan tentera A.S dikerahkan ke rantau itu pada bulan September tahun lalu setelah beberapa serangan dilancarkan ke atas fasiliti minyak Arab Saudi.

Perkembangan itu berlaku dua minggu setelah Presiden Donald Trump mengatakan bahawa pentadbiran beliau akan mengkaji semula cadangan untuk menyekat penghantaran minyak mentah Arab Saudi ke A.S dalam usaha Washington untuk menyelamatkan industri minyak mereka yang terjejas teruk akibat kejatuhan harga dan permintaan berikutan penularan wabak coronavirus

Pada pertengahan April tahun ini, Frank Fannon, penolong Setiausaha Negara A.S untuk hal ehwal sumber tenaga, mengatakan bahawa negara itu juga boleh mengenakan tarif ke atas minyak Arab Saudi dalam mencapai objektif yang sama.

Trump juga telah memperingatkan Arab Saudi pada awal bulan itu bahwa beliau akan mengakhiri sokongan ketenteraan Amerika Syarikat kepada rejim Riyadh jika mereka gagal menamatkan perang harga minyaknya dengan Rusia.

Dalam panggilan telefon pada 2 April, Presiden A.S berkata kepada Putera Mahkota Saudi, Mohammed bin Salman bahawa beliau tidak akan menghentikan tindakan para penggubal undang-undang negaranya untuk menarik tentera A.S dari negara Timur Tengah itu melainkan jika Riyadh mula mengurangkan pengeluaran minyak mereka. -Press TV