Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

8 Mei 2020

6:20:51 PTG
1034767

Trump Arahkan Sendiri Pencerobohan Ke Atas Venezuela: Maduro

Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengatakan bahawa pihaknya memiliki bukti yang menunjukkan penglibatan langsung Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di dalam serangan ketenteraan di negara Amerika Latin tersebut baru-baru ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Venezuela Nicolas Maduro mengatakan bahawa pihaknya memiliki bukti yang menunjukkan penglibatan langsung Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di dalam serangan ketenteraan di negara Amerika Latin tersebut baru-baru ini.

Beliau turut mempertikaikan tindakan tergesa-gesa Washington memutuskan kesemua bentuk hubungan dengan Caracas selepas insiden itu yang menurutnya hanya memperkukuhkan lagi dakwaan tersebut.

Maduro membuat komen itu dalam wawancara dengan sebuah rangkaian berita Uruguay pada hari Khamis dengan mengatakan bahawa keseluruhan bukti tersebut akan segera mendedahkan penglibatan presiden A.S sendiri yang berada di belakang tabir "operasi rahsia" tersebut.

Operasi itu juga menyaksikan mana dua orang kontraktor keselamatan A.S ditangkap dan lapan pemberontak tempatan yang bersenjata terbunuh.

Maduro juga menegaskan bahawa Duta Besar A.S ke Venezuela, James Story yang baru dilantik dan pegawai kanan A.S yang lain, termasuk Setiausaha Negara A.S Mike Pompeo, harus dipersalahkan ke atas serangan tentera upahan yang berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan tempatan. -Press TV