Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Malaysiakini
Rabu

27 Mei 2020

2:55:42 PTG
1040720

Twitter Letak Label 'Semak Fakta' Di Ciapan Trump

Twitter buat pertama kali Selasa lalu menggalakkan pembaca untuk memeriksa fakta mengenai ciapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dan memberi amaran dakwaannya berkenaan undi pos adalah palsu dan telah dinafikan oleh pemeriksa fakta.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Twitter buat pertama kali Selasa lalu menggalakkan pembaca untuk memeriksa fakta mengenai ciapan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dan memberi amaran dakwaannya berkenaan undi pos adalah palsu dan telah dinafikan oleh pemeriksa fakta.

Pemberitahuan berwarna biru menggalakkan pembaca untuk "mendapatkan fakta berkenaan undi pos" dan membawa mereka ke laman yang mengandungi laporan dan maklumat berkenaan dakwaan itu, yang dikumpul oleh pekerja Twitter.

Dalam ciapan berkenaan langkah itu, Trump menuduh Twitter sebagai masuk campur dalam pilihan raya presiden 2020. "Twitter menyekat kebebasan bersuara, dan saya selaku presiden tidak akan membenarkannya," kata Trump.

Trump yang mempunyai 80 juta pengikut di Twitter, mendakwa ciapannya yang terdahulu bahawa undi pos akan "sebahagian besarnya tipu" dan menyebabkan "(keputusan) pilihan raya ditetapkan." Beliau juga menyasarkan gabenor California, walaupun negeri itu bukan satu-satunya yang menggunakan undi pos.

"Trump membuat dakwaan tak berasas bahawa undi pos akan membawa kepada penipuan undi," kata satu tajuk laporan di laman tersebut, diikuti dengan seksyen "apa yang anda perlu tahu" yang memperbetul tiga dakwaan palsu atau mengelirukan dalam ciapannya.

Twitter mengesahkan ini kali pertama ia menggunakan label semak fakta untuk ciapan presiden AS itu, yang merupakan lanjutan daripada dasar baru berkenaan "maklumat mengelirukan" yang diperkenalkan awal bulan ini, bagi melawan salah maklumat berkenaan koronavirus.

Syarikat itu berkata pihaknya akan meluaskan dasar itu kepada topik-topik lain.

"Kami sentiasa tahu Silicon Valley akan melakukan segala cara untuk mengganggu dan masuk campur usaha Presiden Trump dalam menyampaikan mesej kepada pengundi," kata pengurus kempen Trump, Brad Parscale.

Pemberitahuan semak fakta Twitter muncul beberapa jam selepas laman sosial itu enggan mengambil tindakan terhadap ciapan Trump berkenaan kematian seorang bekas kakitangan Kongres pada 2001, selepas balunya meminta syarikat itu memadamnya kerana menyebarkan dakwaan palsu.

Jurucakap Twitter memberitahu Reuters bahawa perbezaannya adalah ciapan Trump yang seterusnya berkaitan dengan integriti pilihan raya. -Reuters