Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Rabu

27 Mei 2020

3:13:16 PTG
1040725

Pakatan Pimpinan A.S Tempatkan Misil Patriot Di Syria

Gabungan tentera Barat yang didakwa memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah mmenempatkan tiga unit peluru berpandu Patriot di pangkalan tentera A.S yang terletak di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Gabungan tentera Barat yang didakwa memerangi kumpulan pengganas Takfiri Daesh dilaporkan telah mmenempatkan tiga unit peluru berpandu Patriot di pangkalan tentera A.S yang terletak di wilayah timur Syria, Dayr al-Zawr.

Rangkaian berita televisyen berbahasa Arab, al-Alam memetik sumber tempatan yang melaporkan pada hari Rabu bahawa unit itu ditempatkan ke pangkalan yang didirikan berdekatan dengan medan gas asli, Koniko - terletak kira-kira 20 kilometer (12.4 batu) timur ibu kota wilayah Dayr al-Zawr sejak beberapa hari kebelakangan ini. Koniko merupakan salah satu loji gas terbesar di Syria.

Sumber-sumber tersebut menambah dengan mengatakan bahawa pasukan pakatan pimpinan A.S berusaha untuk memasang unit serupa di beberapa lokasi lain di wilayah tersebut.

Di dalam perkembangan yang berasingan, tiga anggota tentera A.S dilaporkan cedera di wilayah yang sama selepas diserang oleh kumpulan militan yang tidak dikenali.

A.S menempatkan tentera mereka tanpa sebarang mandat PBB mahupun restu daripada kerajaan sah di Damsyik sekaligus dilihat mencabar kedaulatan Syria dan undang-undang antarabangsa. -Press TV