Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Selasa

2 Jun 2020

4:30:20 PTG
1042786

Rusuhan Di AS: Trump Ancam Guna Tentera Pulih Ketenteraman

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengancam untuk mengerahkan anggota tentera bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah kematian George Floyd yang maut ketika dalam tahanan polis pada minggu lalu di Minneapolis, lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semalam mengancam untuk mengerahkan anggota tentera bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang membantah kematian George Floyd yang maut ketika dalam tahanan polis pada minggu lalu di Minneapolis, lapor agensi berita Xinhua.

"Jika pentadbiran bandar atau negeri enggan ambil tindakan yang perlu untuk mempertahankan nyawa dan harta benda, jadi saya akan mengerahkan tentera negara untuk menyelesaikan masalah mereka," kata Trump di Rumah Putih, ucapan pertamanya sejak kematian Floyd.

Trump berkata, beliau mungkin akan menggunakan Akta Pemberontakan 1807 yang jarang digunakan, memberi kuasa kepada presiden untuk mengerahkan pasukan tentera secara sepihak.

Berikutan itu, Trump menegaskan beliau akan menghantar "ribuan tentera dan pegawai penguatkuasa" untuk memulihkan ketenteraman.

Helikopter kelihatan berlegar di ruang udara di Lafayette Park ketika Presiden AS itu berucap, polis bertindak menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang berhimpun berdekatan Rumah Putih.