Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Khamis

4 Jun 2020

4:47:47 PTG
1043224

Penunjuk Perasaan Larikan 70 Buah Kereta Mewah

Pihak berkuasa California sedang memburu peserta demonstrasi yang melarikan lebih daripada 70 buah kereta mewah dari sebuah premis di San Francisco pada malam Ahad.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pihak berkuasa California sedang memburu peserta demonstrasi yang melarikan lebih daripada 70 buah kereta mewah dari sebuah premis di San Francisco pada malam Ahad.

Pengedar kenderaan mewah Chrysler Dodge Jeep di San Leandro, Carlos Hidalgo berkata, sekumpulan penunjuk perasaan yang menyertai perhimpunan bagi menuntut keadilan atas kematian lelaki kulit hitam, George Floyde bertindak meninggalkan perhimpunan aman itu dan memulakan rusuhan sebelum memusnahkan premis-premis perniagaan di kawasan berkenaan.

Katanya sekumpulan perusuh mula menceroboh premis tersebut dan mencuri peti simpanan kunci kenderaan-kenderaan di premis itu sebelum melarikan beberapa buah kereta mewah.

"Rusuhan ini dilakukan bukan untuk memperjuangkan sesiapa. Ia hanya untuk mencuri dan kejadian ini sangat mengerikan," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Polis San Leandro, Leftenan Ted Henderson berkata, pihaknya tidak pasti sama ada kejadian tersebut adalah satu jenayah yang dirancang.

"Sehingga kini tiada tangkapan telah dibuat, tetapi pasukan polis sedang giat mencari video-video di media sosial mengenai kejadian itu selain cuba mendapatkan rakaman dari kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan tersebut.

"Kira-kira 25 kereta yang dilarikan telah ditemui tetapi dalam keadaan rosak selain beberapa bahagian kenderaan turut dicuri," katanya.

Susulan daripada kejadian itu, pengedar kenderaan mewah terbabit menganggarkan kerugian kira-kira AS$5 juta (RM21 juta) dan kini merancang untuk mengupah pengawal bersenjata. - Agensi