Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Sinar Harian
Jumaat

5 Jun 2020

4:09:53 PTG
1043534

Cucu Joe Jackson Diserang

Cucu kepada mendiang Joe Jackson iaitu Yasmine Jackson telah ditikam sebanyak tujuh kali oleh jirannya berikutan sikap perkauman terhadap masyarakat kulit hitam.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Cucu kepada mendiang Joe Jackson iaitu Yasmine Jackson telah ditikam sebanyak tujuh kali oleh jirannya berikutan sikap perkauman terhadap masyarakat kulit hitam.

Lapor Daily Mail, wanita itu dipercayai menarik keluar Yasmine dari rumahnya lalu bertindak menikam menggunakan benda tajam di lehernya hingga mengalami kecederaan.

Yasmine Jackson anak kepada Joh'Vonnie menceritakan detik cemas itu di Instagram miliknya hingga menarik perhatian ramai.

"Wanita ini mengejar saya dan mula menikam. Dia berkata kerana saya orang 'n****' semasa menikam saya.

"Saya tidak boleh gerakkan leher, saya takut kerana sendirian.

"Saya meronta, menjerit meminta pertolongan namun tiada sesiapa mendengar sehinggalah seorang lelaki yang datang bantu dan bersyukur diselamatkan," tulisnya di Instagram.

Meskipun insiden itu berlaku pada dirinya, beliau tetap bangga memiliki keturunan berkulit hitam.

Katanya, wanita berkenaan sering kali memanggilnya dengan perkataan kesat sebelum bertindak di luar batasan.

Difahamkan, wanita tersebut telah ditahan pihak berkuasa dan akan dibicarakan di mahkamah kerana cubaan membunuh.