Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Malaysiakini
Sabtu

6 Jun 2020

3:42:08 PTG
1043891

Filipina Risau Covid-19 Buat Kadar Kelahiran Meningkat

Manila mempergiatkan lagi program perancang keluarga untuk rakyat Filipina ketika kerajaan bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan kadar kelahiran pasca-Covid-19.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Manila mempergiatkan lagi program perancang keluarga untuk rakyat Filipina ketika kerajaan bersedia dengan kemungkinan berlaku peningkatan kadar kelahiran pasca-Covid-19.

Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan Penduduk Filipina, Juan Antonio Perez, berkata sejak berdekad-dekad silam pola kelahiran di negara itu menunjukkan peningkatan selepas berlaku sesuatu bencana.

"Sebab itulah program percancang keluarga semakin mustahak sekarang," katanya seperti dipetik Bangkok Post hari ini.

Sama seperti kebanyakan negara dalam dunia, Filipina turut terjejas dengan serangan wabak Covid-19 selepas ia menular dari Wuhan, Hubei di China awal tahun ini.

Setakat ini lebih 20,600 kes positif Covid-19 di rekodkan di negara itu. Daripada jumlah berkenaan sekurang-kurangnya 987 orang terbunuh.

Manila turut menguatkuasakan perintah berkurung di seluruh negara selain mengambil pelbagai langkah pencegahan yang menyeluruh, termasuk menutup sekolah serta pejabat.

Untuk rekod lebih 85 peratus darip[ada 108.7 juta penduduk Filipina adalah penganut Katolik Roman.

Pelaksanaan program perancang keluarga di Filipina menyasarkan komuniti rentan di negara itu bagi mengekang kehamilan tidak dirancang.

Hampir satu per tiga daripada keseluruhan perbelanjaan keluarga biasa di negara itu dibelanjakan untuk isu-isu kehamilan. Tiga daripada 10 kehamilan penduduk terbabit adalah tidak dirancang.