Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Sabtu

6 Jun 2020

3:45:27 PTG
1043892

Helikopter M1-17 Tentera Indonesia Terhempas, Empat Terbunuh, Lima Cedera

Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Empat anggota tentera Indonesia (TNI) terbunuh, selepas helikopter MI-17 milik TNI, terhempas di Kaliwungu, Kecamatan Kendal, di Jawa Tengah.

Dalam kejadian 1.40 petang tadi itu, helikopter berkenaan dinaiki sembilan anggota TNI, dalam misi latihan penerbangan.

“Lima lagi cedera dalam kejadian itu,” kata Ketua Penerangan TNI Brig Jeneral Nefra Firdaus, dalam satu kenyataan hari ini.

Punca kejadian nahas helikopter buatan Russia itu, masih dalam siasatan. -BERNAMA