Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Jumaat

12 Jun 2020

3:25:03 PTG
1045526

Trump Terus Kempen Pilihan Raya, Tak Hirau Ancaman Covid-19

Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Xinhua.

Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak Covid-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain.

Kes Covid-19 di AS melepasi dua juta, menurut data Johns Hopkins University dan lebih 113,000 pesakit meninggal dunia.

Kempen terakhir Trump diadakan di Charlotte, Carolina Utara pada 2 Mac. - Bernama