Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Khamis

18 Jun 2020

3:48:52 PTG
1047902

Perancis Larang Teknik Cekik Suspek Dalam Amalan Pasukan Polisnya

Perancis telah melancarkan pembaharuan ke atas prosedur sedia ada yang diamalkan oleh pasukan keselamatan negara itu termasuk melarang teknik penahanan yang mencekik suspek ketika negara Eropah itu menyaksikan tunjuk perasaan anti-perkauman dan kekejaman polis.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Perancis telah melancarkan pembaharuan ke atas prosedur sedia ada yang diamalkan oleh pasukan keselamatan negara itu termasuk melarang teknik penahanan yang mencekik suspek ketika negara Eropah itu menyaksikan tunjuk perasaan anti-perkauman dan kekejaman polis.

Pembunuhan George-Floyd, seorang warga kulit hitam Amerika Syarikat yang tidak bersenjata ketika ditahan oleh beberapa anggota polis di AS pada akhir bulan lalu telah mencetuskan tunjuk perasaan anti-perkauman dan kekejaman polis di AS dan di beberapa negara lain di seluruh dunia, termasuk Perancis.

Lelaki kulit hitam yang tidak bersenjata berusia 46 tahun itu mati akibat kesukaran bernafas ketika ditahan dan leher serta lehernya ditekan dengan lutut oleh beberapa anggota polis Minnesota pada 25 Mei lepas.

Rakaman yang menunjukkan tindakan kejam polis tersebut menjadi viral di media sosial dengan sekaligus mencetuskan tunjuk perasaan di bandar-bandar AS sebelum disusuli oleh beberapa bandar utama di seluruh dunia termasuk Paris, London dan Brussels.

Sebagai respon terhadap tunjuk perasaan di negara Eropah tersebut, Menteri Dalam Negeri Perancis, Christophe Castaner pada hari Isnin (minggu lepas) mengumumkan bahawa kaedah mencekik suspek "akan dihentikan."

"Teknik itu tidak lagi diajarkan di akademi polis dan gendarmerie. Ia adalah sebuah kaedah yang berbahaya,” katanya dalam sebuah sidang akhbar.

Castaner menekankan bahawa pihaknya tidak akan bertolak-ansur terhadap elemen perkauman di dalam pasukan polis dan menambah dengan mengatakan dan bahawa pegawai yang sangat disyaki mengamalkan tindakan perkauman akan digantung tugas.  -Press TV