Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Sabtu

20 Jun 2020

5:00:21 PTG
1048386

Reformasi Trump Ke Atas Pihak Polis 'Menyedihkan': Aktivis

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhadapan dengan kritikan baru selepas meluluskan sebuah reformasi ke atas pasukan polis negara itu yang menurut para pemerhati tidak memadai untuk mengatasi isu perkauman sistemik di dalam badan penguatkuasa itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berhadapan dengan kritikan baru selepas meluluskan sebuah reformasi ke atas pasukan polis negara itu yang menurut para pemerhati tidak memadai untuk mengatasi isu perkauman sistemik di dalam badan penguatkuasa itu.

Para pengkritik turut menyifatkan reformasi yang dilancarkan oleh pentadbiran Presiden Trump sebagai sesuatu yang 'menyedihkan' ketika negara tersebut bergelut dengan protes anti-perkauman yang terkadang berubah menjadi ganas di beberapa bandar utamanya.

Di dalam upacara yang dianjurkan di Rose Garden pada hari Selasa, presiden dari Parti Republikan itu telah menandatangani sebuah perintah eksekutif yang menyentuh perihal isu reformasi ke atas pihak polis setelah negara AS menyaksikan protes berterusan yang membantah pembunuh kejam ke atas seorang warga kulit hitam yang tidak bersenjata ketika ditahan oleh pihak berkuasa.

Protes seperti itu meletus sebagai tindak balas terhadap pembunuhan George Floyd yang meninggal dunia setelah seorang pegawai polis kulit putih di bandar Minneapolis menindih leher Floyd dengan lututnya hampir sembilan minit pada 25 Mei lepas.

Tindakan kejam yang dibuat di sebalik rayuan Floyd yang mengatakan bahawa "dia tidak boleh bernafas" itu telah dirakam oleh beberapa kamera yang mencetuskan kemarahan pelbagai pihak khususnya etnik kulit hitam di AS.

Trump mengeluarkan arahan eksekutif tersebut dalam usaha beliau untuk menyukarkan pihak polis daripada menggunakan teknik mencekik suspek di samping mengarahkan Pusat Data Kebangsaan untuk mengesan para pegawai yang menggunakan kekerasan secara berlebihan.

Akan tetapi, beliau kini berhadapan dengan kritikan daripada para pelbagai pihak yang mendakwa bahawa arahan itu tidak memadai untuk menangani tuntutan yang dibuat oleh gerakan Black Lives Matter (BLM) yang menggesa perubahan mendasar ke atas amalan pihak berkuasa negara itu.

Para aktivis dan penggubal undang-undang selama ini menuntut supaya kaedah cekikan diharamkan secara mutlak tanpa sebarang pengecualian.

Mereka juga menuntut supaya waran tanpa notis awal yang membenarkan pihak penguasa memasuki premis awam tanpa sebarang pemberitahuan rasmi. Selain daripada dua perkara di atas, mereka juga menuntut beberapa perubahan lain yang perlu diamalkan oleh pihak berkuasan. -Press TV