Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

20 Jun 2020

5:06:50 PTG
1048387

Pendakwa Raya AS Nafi Letak Jawatan

Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS), Geoffrey Berman, semalam menegaskan beliau tidak berniat untuk melepaskan jawatan sebagaimana kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Peguam Negara.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Pendakwa raya Amerika Syarikat (AS), Geoffrey Berman, semalam menegaskan beliau tidak berniat untuk melepaskan jawatan sebagaimana kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Peguam Negara.

Peguam Negara, William Barr ketika mengumumkan peletakan jawatan itu berkata, Trump akan mencalonkan Ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, Jay Clayton sebagai pengganti.

"Saya berterima kasih kepada Geoffrey Berman, yang melepaskan jawatan selepas dua tahun setengah berkhidmat sebagai peguam bagi daerah selatan New York," katanya.

Bagaimanapun, Berman menafikan perkara itu dan hanya mengetahui mengenai perkara berkenaan daripada kenyataan akhbar berkenaan. "Saya tidak meletakkan jawatan dan tidak berminat untuk melakukannya.

"Saya akan berundur apabila calon yang dilantik disahkan oleh Senat. "Sehingga itu, siasatan pihak kami akan diteruskan tanpa gangguan," katanya.

Berman terbabit dalam menyiasat sekutu politik, Donald Trump dan turut terbabit dalam pendakwaan bekas peguam Presiden AS, Michael Cohen.

Sebelum ini Trump telah memecat beberapa pegawai yang terbabit bagi memantau kerajaan. Bulan lalu, Jabatan Negara mengesahkan pemecatan pada lewat malam terhadap Inspektor Umum, Steve Linick yang membuka siasatan terhadap Setiausaha Negara, Mike Pompeo. - AFP