Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Rabu

1 Julai 2020

3:02:15 PTG
1051964

Itali Rampas Dadah Dihasilkan Daesh Bernilai AS$1.12b

Polis Itali berjaya merampas dadah jenis amphetamin seberat 14 tan yang dihasilkan oleh kumpulan pengganas Daesh di Syria, menjadikannya rampasan dadah terbesar di dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Polis Itali berjaya merampas dadah jenis amphetamin seberat 14 tan yang dihasilkan oleh kumpulan pengganas Daesh di Syria, menjadikannya rampasan dadah terbesar di dunia.

Dadah dalam bentuk 84 juta pil menggunakan jenama Captagon itu tersembunyi di antara barang industri di dalam bekas yang dianggarkan bernilai sekitar AS$1.12 bilion (RM4.8 bilion) untuk dijual di pasaran Eropah, bertujuan membiayai keganasan, menurut kenyataan polis Napoli.

Kami tahu bahawa pengganas Daesh membiayai kegiatannya terutama dengan mengedar dadah yang dihasilkan di Syria, di mana sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi pengeluar amphetamin terbesar di dunia," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, jumlah dadah yang dirampas cukup untuk pasaran seluruh Eropah, tanpa menyatakan jangka waktu yang spesifik.

Memetik Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah Amerika Syarikat (DEA), polis Napoli berkata, kumpulan Daesh memanfaatkan pengedaran dadah secara meluas di semua wilayah di mana ia mempengaruhi dan mengawal perdagangannya.

Menurut polis, kumpulan Daesh menghasilkan sejumlah besar dadah sintetik bagi pasaran dunia supaya dapat mengumpul dana yang banyak.

Katanya, polis, antara kumpulan penjenayah yang mungkin terbabit dalam pengedaran dadah itu termasuklah Camorra Napoli yang sangat terkenal. - AFP