Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

4 Julai 2020

2:38:36 PTG
1052585

COVID-19: 200,000 Penduduk Catalonia Dikenakan Perintah Berkurung

Wilayah timur laut Sepanyol, Catalonia mengenakan perintah berkurung terhadap satu kawasan dihuni 200,000 penduduk berikutan peningkatan kes baharu COVID-19.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Wilayah timur laut Sepanyol, Catalonia mengenakan perintah berkurung terhadap satu kawasan dihuni 200,000 penduduk berikutan peningkatan kes baharu COVID-19.

Presiden wilayah Catalonia, Quim Torra, berkata kepada wartawan bahawa ada 'peningkatan mendadak' jangkitan di Segria, zon yang merangkumi bandar Lerida, kira-kira 150 kilometer di barat Barcelona.

Tiada sesiapa dibenarkan masuk atau meninggalkan kawasan itu, perhimpunan lebih dari 10 orang akan dilarang dan lawatan ke rumah persaraan dihentikan, kata pegawai.

Langkah itu hadir ketika percutian musim panas bermula di Sepanyol dan negara itu mulai menerima kembali pengunjung dari 12 negara di luar Kesatuan Eropah (EU), dua minggu selepas membenarkan orang dari zon bebas-visa EU, Schengen dan Britain untuk kembali.

Sepanyol menjadi antara negara yang paling teruk terkena pandemik COVID-19 dengan 28,385 kematian, jumlah keempat tertinggi di Eropah selepas United Kingdom (UK), Itali dan Perancis.

Ia mengenakan salah satu perintah berkurung paling ketat di dunia untuk menghentikan penyebaran virus dan baru-baru ini mula dibuka. - AFP