Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

13 Julai 2020

2:53:01 PTG
1054931

AS Mahu Panjangkan Sekatan Senjata Ke Atas Iran Walaupun Sibuk Menjualnya Ke Negara Serantau: Rusia

Seorang diplomat kanan Rusia kanan mengecam Amerika Syarikat berikutan usaha mereka untuk memperpanjangkan sekatan penjualan senjata ke Iran ketika mereka sendiri seibuk menjual sejumlah besar senjata ke negara-negara di Asia Barat sekaligus mengganggu kestabilan rantau tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Diplomat kanan Rusia, Mikhail Ulyanov mengecam Amerika Syarikat berikutan usaha mereka untuk memperpanjangkan sekatan penjualan senjata ke Iran ketika mereka sendiri seibuk menjual sejumlah besar senjata ke negara-negara di Asia Barat sekaligus mengganggu kestabilan rantau tersebut.

Kenyataan itu dibuat ketika AS berusaha mengenakan tekanan ke atas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu supaya mereka turut bertindak untuk melanjutkan sekatan terkait ke atas Iran.

Langkah itu dibuat oleh Washington sebagai sebahagian daripada polisi "tekanan maksimum" mereka.

Polisi dan tindakan mereka terhadap Tehran jelas mencabul perjanjian Nuklear Antarabangsa 2015 -secara rasmi dikenali sebagai pelan tindakan komprehensif (JCPOA)- dan resolusi 2231 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu yang dikuatkuasakan badan itu dalam usaha memperkukuhkan perjanjian tersebut.

Di bawah JCPOA, sekatan yang dikenakan ke atas pembelian dan penjualan Iran bakal ditamatkan pada bulan Oktober nanti. -Press TV