Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

13 Julai 2020

3:11:37 PTG
1054934

COVID-19: Imuniti Terhadap Jangkitan Semula Mungkin Boleh Hilang

Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID-19 mungkin akan berdepan kehilangan imuniti terhadap jangkitan semula selama beberapa bulan, lapor satu kajian dikeluarkan hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - [Paris] Pesakit yang pulih daripada jangkitan COVID-19 mungkin akan berdepan kehilangan imuniti terhadap jangkitan semula selama beberapa bulan, lapor satu kajian dikeluarkan hari ini.

Menurut pakar, ia dilihat boleh memberi pengaruh yang signifikan terhadap cara kerajaan menangani pandemik itu.

Dalam kajian pertama seumpamanya, sebuah pasukan diketuai penyelidik King's College London, memeriksa tahap antibodi ke atas lebih 90 pesakit positif COVID-19, dan bagaimana ia berubah mengikut masa.

Ujian darah menunjukkan bagaimana pesakit yang mengalami jangkitan ringan akan menunjukkan tindak balas imun terhadap virus.

Dari kajian itu juga, 60 peratus menunjukkan tindak balas aktif dalam tempoh beberapa minggu selepas jangkitan.

Bagaimanapun selepas tiga bulan, hanya 16.7 peratus mengekalkan paras tinggi antibodi neutral COVID-19 dan selepas 90 hari, beberapa pesakit tidak menunjukkan sebarang kesan memiliki antibodi dalam sistem darah mereka.

Apabila sistem badan mengenal pasti bahaya luaran seperti virus, ia menggerakkan sel untuk mengesan dan membunuh unsur jahat berkenaan.

Dalam proses itu, ia mengeluarkan sejenis protein dikenali sebagai antibodi yang diprogram untuk menyasarkan antigen tertentu.

Seseorang individu mampu menewaskan sebarang jangkitan baharu jika memiliki antibodi mencukupi. - AFP