Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Isnin

20 Julai 2020

5:36:07 PTG
1056573

Erdogan Buat Lawatan Mengejut Ke Hagia Sophia

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia semalam, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan masjid.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia semalam, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan masjid.

Dalam lawatan yang dianggap sebagai pemeriksaan, Erdogan melihat kerja-kerja pengubahsuaian, kata pejabat presiden.

Diyanet iaitu pihak berkuasa agama di negara itu berkata, ikon Kristian sepatutnya dipisahkan melalui cara yang sesuai dalam bangunan berkenaan.

"Sasaran kami ialah mengelakkan lukisan yang menggunakan teknik fresko dirosakkan," kata jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin dalam satu temuramah televisyen, semalam.

Masih tidak jelas sama ada Presiden Turki itu adalah antara kira-kira 500 penganut Islam yang akan bersolat Jumaat.

Sebelum ini, Mahkamah Tertinggi Turki membuka jalan kepada kerja-kerja pengubahsuaian itu dalam satu keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia yang berkuat kuasa hampir seabad lalu.

Bangunan abad keenam Masihi itu dibuka kepada orang ramai tanpa mengira kepercayaan sejak ia menjadi muzium pada tahun 1935. - AFP