Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

20 Julai 2020

5:53:24 PTG
1056574

Pengintip Bagi Pihak CIA, Mahmoud Majd Dihukum Mati

Mahmoud Mousavi Majd yang didapati bersalah menjadi pengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan menyalur maklumat mengenai Angkatan Tentera Quds Iran serta pergerakan komander tentera tersebut, Qasem Soleimani menjalani hukuman mati pada Isnin pagi, lapor agensi berita Sputnik.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Mahmoud Mousavi Majd yang didapati bersalah menjadi pengintip untuk Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS) dan menyalur maklumat mengenai Angkatan Tentera Quds Iran serta pergerakan komander tentera tersebut, Qasem Soleimani menjalani hukuman mati pada Isnin pagi, lapor agensi berita Sputnik.

Memetik agensi berita Iran Tasnim, Majd bukanlah sebahagian daripada anggota tentera pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran mahupun sukarelawan yang menawarkan diri untuk berkhidmat di Syria. Majd menurut laporan agensi berita itu meninggalkan Iran sebelum kemenangan Revolusi Islam Iran dan membesar di Syria.

Dia juga dituduh menjadi pengintip untuk perisik Israel Mossad dan menerima gaji bulanan sebanyak USD 5,000 dari AS di atas kerja-kerja perisikannya.

Menurut badan kehakiman Iran, siasatan terhadap Majd dilancarkan sebelum pembunuhan Jeneral Soleimani oleh tentera AS dan didapati tidak mempunyai kaitan sama sekali.

Pada 3 Januari, serangan udara di pinggir Baghdad, dipercayai atas arahan Presiden Donald Trump menyebabkan Jeneral Soleimani, seorang tokoh tentera terkemuka di Iran dan beberapa anggota lain dari Kor Pengawal Revolusi Iran terbunuh.

Pembunuhan itu mendorong Tehran menyerang pangkalan tentera AS di Iraq. Pada hari sama, tentera Iran secara tidak sengaja menembak jatuh pesawat penumpang Ukraine, yang mengorbankan 176 nyawa. - Bernama