Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Jumaat

24 Julai 2020

2:21:24 PTG
1057426

Pesawat AS Ganggu Penerbangan Awam Iran, Kecederaan Dilaporkan

Dua buah pesawat pejuang AS telah menghampiri sebuah pesawat penumpang negara Iran secara berbahaya ketika pesawat awam itu sedang melintasi ruang udara Syria untuk menuju ke Beirut pada Khamis lalu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Dua buah pesawat pejuang AS telah menghampiri sebuah pesawat penumpang negara Iran secara berbahaya ketika pesawat awam itu sedang melintasi ruang udara Syria untuk menuju ke Beirut pada Khamis lalu.

Gambar penumpang menjerit ketika kapal terbang itu mengubah haluan akibat dipintas jet-jet rejim Zionis disiarkan oleh stesen televisyen IRIB.

Menurut laporan, gangguan dari pesawat pejuang AS itu tidak berhenti dan berterusan di dalam laluannya ke Beirut.

Juga terdapat video -dipercayai dirakamkan menerusi telefon bimbit- yang menunjukkan dua buah jet berada di sebelah pesawat penumpang itu.

Menurut media, penerbangan MAHAN 1152 itu berada di ruang udara Syria ketika dihampiri oleh jet-jet AS yang beroperasi secara haram di Syria.

Berikutan tindakan yang berbahaya jet-jet pejuang AS itu, juruterbang kapal terbang komersial tersebut merendahkan altitud penerbangan bagi mengelakkan daripada perlanggaran, lapor media tempatan.

IRIB pula menyatakan insiden tersebut sebagai berbahaya dan provokatif.

Televisyen-televisyen Syria dan agensi berita rasmi SANA yang memetik sumber-sumber pihak berkuasa penerbangan sebagai berkata, jet-jet itu dipercayai milik pasukan tentera perikatan diketuai AS memintas sebuah kapal terbang awam Iran di ruang udara Tanaf.

Ia menyebabkan juruterbang pesawat penumpang itu terpaksa merendahkan tahap penerbangan dengan mendadak sekali gus menyebabkan sejumlah penumpang cedera.

AS masih mengekalkan keberadaan tenteranya di Syria di sebalik arahan Presiden Trump sebelum ini yang mahu tentera negara itu dikeluarkan dari negara Arab tersebut.

Konflik di negara itu telah menyebabkan 380,000 orang terbunuh dan lebih separuh penduduk hilang tempat tinggal. - AFP/Tehran Times