Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : ABNA24
Isnin

27 Julai 2020

3:29:09 PTG
1058352

Jemputan Festival Filem Muqawwamah Antarabangsa

Sekretariat Festival Filem Muqawwamah Antarabangsa merancang untuk menganjurkan festival tersebut buat kali ke-16 pada tahun 1399 -kalendar Iran (2020-2021)- dalam dua bahagian yang berasingan.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Sekretariat Festival Filem Muqawwamah Antarabangsa merancang untuk menganjurkan festival tersebut buat kali ke-16 pada tahun 1399 -kalendar Iran (2020-2021)- dalam dua bahagian yang berasingan.

Bahagian pertama dilaporkan mengambil tema yang menggariskan usaha petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan pandemik COVID-19.

Bahagian tersebut bakal berlangsung bersamaan dengan Minggu Pertahanan Suci Iran yang dianjurkan dari 22 September hingga 27 Oktober tahun ini.

Tarikh akhir penerimaan karya bagi tujuan penilaian tema tersebut adalah pada hari Khamis, 21 Ogos 2016.

Bahagian kedua festival itu pula bakal menonjolkan tema berkaitan gerakan Muqawwamah yang bakal meliputi kisah kehidupan Syahid Soleimani, perang Iran-Iraq, kebangkitan Islam dan lain-lain.

Tarikh akhir penerimaan karya bagi tema kedua adalah pada hari Khamis, 26 Oktober tahun ini.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang www.moqavematfilmfest.ir untuk maklumat lanjut, pendaftaran dan penyerahan karya kepada pihak sekretariat.

Festival ini yang sebelumnya dikenali sebagai Festival Pertahanan Suci, adalah festival filem tertua Revolusi Islam, yang setakat ini telah dianjurkan sebanyak 15 kali. -ABNA