Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Bernama
Khamis

30 Julai 2020

3:15:38 PTG
1059073

Duterte Isytihar Cuti Sempena Aidiladha

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte pada Khamis mengisytiharkan 31 Julai sebagai hari cuti kebangsaan sempena menyambut Aidiladha, lapor agensi berita Anadolu.

"Undang-Undang Republik No. 9849 menetapkan Aidiladha harus disambut sebagai cuti biasa," kata Duterte dalam satu kenyataan.

Tambah beliau tarikh itu dipilih berdasarkan syor Suruhanjaya Kebangsaan Islam Filipina.

Duterte menasihatkan masyarakat Islam supaya mematuhi dan menjaga penjarakan sosial semasa perayaan.

Masyarakat Islam merangkumi kira-kira 10 peratus daripada 100 juta penduduk Filipina, menurut suruhanjaya itu.

Wilayah Autonomi Bangsamoro di Mindanao, wilayah majoritinya penduduk Islam, terletak di selatan Filipina, mengumumkan solat Aidiladha akan diadakan pada Jumaat. - Bernama