Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Khamis

30 Julai 2020

3:22:12 PTG
1059074

Trump Cadang Tangguh Pemilihan Presiden Berikutan Bimbang COVID-19

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesyorkan pemilihan presiden ditangguhkan berikutan ancaman COVID-19 dan mengelakkan penipuan jika undian dilakukan secara pos.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesyorkan pemilihan presiden ditangguhkan berikutan ancaman COVID-19 dan mengelakkan penipuan jika undian dilakukan secara pos.

Beliau yang jauh ketinggalan berbanding pesaingnya, Joe Biden, berkata demikian dalam ciapan di Twitter rasminya.

"Tunda pemilihan sehingga semua orang bersedia sebaik mungkin, selamat dan terjamin untuk mengundi???.

"Dengan Undian Universal Secara Pos (bukan Undi Tidak Hadir, yang lebih baik), 2020 Pemilihan yang tidak tepat & penuh penipuan dalam sejarah. Ia akan menjadi sesuatu yang amat memalukan kepada AS," katanya.

Hanya Kongres yang dapat mengubah tarikh pemilihan yang ditetapkan pada 3 November ini mengikut undang-undang tetapi dengan Demokrat menguasainya, ia tidak mungkin berlaku.

Trump sebelumnya ini menegaskan bahawa dia tidak ada sebarang masalah bagi meneruskan pemilihan presiden berdepan dengan Biden.

Pandemik itu kekal di luar kawalan di sebahagian besar wilayah di Amerika Syarikat, termasuk negeri dipimpin Republikan seperti Florida dan Texas.

Ketika pemilihan utama presiden awal tahun ini, beberapa negeri menangguhkan pengundian atau mengurangkan pusat mengundi.

Disamping itu, acara sukan utama turut dibatalkan atau dikurangkan dan terdapat keraguan di serata negara sama ada sekolah serta universiti akan dibuka semula September ini.

Tetapi Trump berusaha menentang percubaan pimpinan Demokrat untuk meningkatkan pengundian melalui pos, dengan mengatakan bahawa ia akan mendorong penipuan.

Sebaliknya, beliau mahu penduduk AS berbaris dan mengundi seperti biasa pada pemilihan presiden kali ini walaupun negara itu adalah yang paling terjejas di dunia akibat COVID-19.

Walaupun lawannya mengatakan bahawa tiada bukti kukuh penipuan dalam pilihan raya AS dan hanya perlu penambahbaikan dari segi logistik yang rumit bagi proses itu. - AFP