Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA)

source : Berita Harian
Sabtu

22 Ogos 2020

4:45:01 PTG
1064656

13 daripada 15 anggota UNSC tolak sekatan ke atas Iran

Amerika Syarikat (AS) meneruskan usahanya untuk kenakan sekatan antarabangsa ke atas Iran walaupun ditolak 13 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC).

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Amerika Syarikat (AS) meneruskan usahanya untuk kenakan sekatan antarabangsa ke atas Iran walaupun ditolak 13 daripada 15 anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC).

Mereka menentang atas alasan tindakan AS itu tidak sah kerana menggunakan proses yang dipersetujui di bawah perjanjian nuklear yang terbatal dua tahun lalu.

Bantahan dibuat dalam tempoh 24 jam selepas Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo, membuat kenyataan mahu mengembalikan sekatan PBB terhadap Iran termasuk sekatan senjata, dalam tempoh 30 hari.

Ia ditentang sekutu AS sebelum ini termasuk Britain, Perancis, Jerman, Belgium, China, Russia , Vietnam, Niger, Saint Vincent dan Grenadines, Afrika Selatan, Indonesia, Estonia serta Tunisia.

AS menuduh Iran melanggar perjanjian 2015 untuk menghentikan pembangunan senjata nuklear sebagai balasan bagi pelepasan sekatan, namun Presiden AS, Donald Trump, menarik diri daripada perjanjian itu pada 2018.

Diplomat berkata Russia, China dan banyak negara lain tidak mungkin mengenakan sekatan ke atas Iran, manakala Pompeo sekali lagi memberi amaran kepada Russia dan China yang menentang AS dalam UNSC.

Tindakan itu menyusuli keputusan UNSC Khamis lalu yang secara tegas menolak usulnya minggu lalu untuk melanjutkan embargo senjata ke atas Iran yang akan berakhir pada bulan Oktober ini.

Hanya Republik Dominika yang bergabung dengan AS untuk meneruskan sekatan itu, namun belum lagi menulis surat secara rasmi kepada UNSC mengenai perkara itu. - AFP